Negara

Negara yang bankrupt adalah negara mati, 
Negara yang dibail out adalah negara zombie.


*Rumusan keatas apa yang terjadi kepada negara Greece akhir-akhir ini. 

Bro/Sis 9



Malis ni nak kata sedap tu tak la sedap sgt bro menu dia, org pegi bkn sbb nk mkn bro, org pegi sbb nk tayang, dan nak layan

Bro/Sis 8



Tgh2 hujan ni la lu nk bikin alasan peluk awek, sejuk sgt la konon sejuk kat mesia ni ngalahkan dok kat Alaska lettew...

Apa rasa saya 3



Bunga mula berputik...
kelopak makin kembang... 
Hati mula berdetik...
tanda rindu makin datang...

Apa rasa saya 2

Sedang barat dilanda ribut, 
Timur gelora ditimpa badai, 
Andai hasrat tidak disambut, 
Hati kan lara mencarik cindai

Apa rasa saya

resap rasa debar dada, 
berbeda dari biasa sahaya, 
apakah petanda bahawasanya, 
dilanda...

Getar murka

malam ini pantun saya candang, moga tidak membibit telingkah, moga tidak menggentas ukhuwwah...

Hati riang



Kalau ayam berkokok pagi, 
Itu tanda hari nak siang, 
Sudah jumpa jantung hati, 
Bulan terang disangka siang

Peribahasa Melayu Baru 6

Rumah dilihat pada dapurnya, 
manusia dilihat pada jambannya, 

Malu si pria...



Bila direnung si buah hati 
Melangkah tersadung 
Menari canggung

Kenapa adik?

Kalau semua terkunci rapi, 
Bagaimana hati mahu dicuri? 
Kalau jendela tidak disingkap, 
Bagaimana mentari membadai gelap?

Bro/Sis 7



Maka tersengih2lah jantan itu umpama spentot keputusan getah tatkala si mek merangkul lengan hamisnya ketat2...mcm ungka mendakap pisang

Sempat ke idak?

Saat sentiasa bergerak, 
Hidup makin singkat, 
Maut makin dekat... 
Sempat?

Selamat Hari Lahir

Moga memori jingga berarak pergi. 
Moga hidup lebih bermakna dan diberkati Allah.
Selamat Hari Lahir buat anda...


*Ucapan khas buat seorang rakan bersempena hari lahirnya pada hari ini. Saya ingin berpesan jangan lupa ucapkan juga kepada bonda kerana dia yang pertama meraikan kelahiran kamu, yang pertama tersenyum dengan pertama kali tangismu...

Monolog 1


so, macam mana skarang? dah decide?
nak decide mende?
buat2 tanye plak... nak terus ke tanak terus?
tu lah tgh pk ni,
pk cepat bro, jgn main2, ini jam takde toleh2 dah,
tau...tp ssh beb nak buat keputusan
so, mcm mane?
last...
nak lagi?
bukan la bermaksud berharap, tp sbg tanda hormat
mcm2 istilah datang, ckp jela nak...
kalo dpt mmg la nak, tp benda cani bkn blh pakse bro
btol tu,
ape yg penting, mesej sudah sampai... selebihnya bukan dalam scope of work
chewah, bahasa contract nampak...
haha, ye lah, selebihnya bukan dlm bidang kuasa aku, hidup mesti terus, proceed2, jgn buang masa...
ya stuju

Simpan amarahmu...



Simpan sifat amarahmu,
Dengan amarah, mudah gelisah,
Meledakkan sesuatu yang tidak indah,
Malah mencetuskan telingkah, 
Yang tak sudah-sudah meratah,
Hati yang merah,
Bisa menjadi hitam dan bernanah.

Terima kasih...


Terima kasih...
Atas sesuatu yg menceriakan...
Amat menghargai...
Atas sesuatu yg ringkas...
Tapi mendalam...
Atas sesuatu yg tidak dijangkakan...
Amat diperlukan...
Terima kasih...

Sadness

It is painful to watch a mother's smile while knowing her heart is crying...

*Maaf tulisan dalam bahasa penjajah, belum sedia menterjemah... Keluhan dalam diri terhadap diri sendiri yang masih gagal membikin gembira pada bondanya. Sesungguhnya amat pedih. Maafkan saya.

Selamat Hari Lahirku


Malam ini malam emosi...
Emosi kerana sekali lagi aku menjadi seorang yang mengecewakan...
Mengecewakan kepada kedua ibu bapa


Hanya satu harapan mereka sebelum menutup mata...
Dan aku masih gagal melaksanakannya.


Maaf bu, bukan aku sengaja...
Bukan juga aku tidak usaha...
Tapi seringkali diduga dengan kepahitan...
Bikin aku hilang keujaan
Hilang keyakinan
Hilang kepercayaan


Mungkin aku sebenarnya yg bodoh,
Tak punya pemikat
Kampungan
Mungkin itu sebenarnya yg aku cari...
Kesederhanaan...


Itu sukar disini bu, dikota ini...
Semuanya bertopeng bu...
Kalau aku terlantar nazak...
Mungkin aku nazak sendirian nanti bu


Aku bukan tidak bisa sendirian...
Dari kecil lagi aku sudah sendirian...
Aku cuma tidak pernah ditinggalkan...
Itu pasti pedih bu...
Dihiris


Aku sanggup berkorban bu
Demi kamu, siapa saja aku mampu
Aku janji aku kan gigih
Menjaganya sampai mati
Aku takkan merengus dengan keputusan itu bu
Kerna aku tahu
Berkat redha kamu pasti bawa kebahgiaan


Yang penting sayang sama tuhan
Sayang makhluk juga kerna tuhan
Siapa siapa juga sama saja, 
Yang penting sama sama sayang sama tuhan


Aku juga mahu kita semua
Mati masuk syurga...
InsyaAllah


Selamat hari lahirku
Terima kasih bu...
Dan ampunkanlah daku


*Rintihan seorang anak yang masih belum berkeluarga meskipun usia telah lanjut. Macam mana mahu mati kalau pahala hanya secubit. Harus kahwin cepat supaya dapat beribadat. Usia makin singkat, harap harap sempat. Jumpa dengan kamu...


puisi sempena hari lahir saya yang ke 29 pada 13 September.

Hati curiga



Gerak hati curiga harus disusuli risik, 
Usah biar gelora hati menggelojak

*Kalau ingin tahu, tanya. Tidak pada tuannya, mungkin pada rakan-rakannya. Yang penting informasi harus datang dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Peribahasa Melayu Baru 5



Sekilas anak ikan di air, 
Aku tahu siapa mak datinnya

*Sekadar suka-suka. Saya langsung tidak tahu cara untuk mengenalinya. Ha ha ha...!!!

Peribahasa Melayu Baru 4



Terlajak perahu boleh diundur, 
Terlajak tweet flood je lah timeline sampai hilang.

*Sekarang saya gila twitter. Platform ini lebih sesuai dengan impuls saya untuk mencatat sebarang ilham yang hadir diminda.


Kadangkala terlanjur kata semasa berbicara dengan rakan-rakan maya. Impuls membuatkan kita menulis lebih cepat daripada berfikir, sedangkan mungkin ada hati yang terluka dengan tutur kita. Saya harap rakan-rakan yang terasa dengan ungkapan twit saya sudi memaafkan keterlanjuran ini. Saya akan usaha untuk lebih berhati-hati.

Peribahasa Melayu Baru 3


Kecil-kecil menjadi kawan,
Besar-besar menjadi Mat Rempit

Peribahasa Melayu Baru 2

Berat mata memandang, lebih baik sambung tidur.


*Dalam bas perjalanan pulang kekota selepas raya, minda kreatif merayap sekejap. Terhasil peribahasa lucu yang sesuai dengan situasi saya ketika itu.

Bro/Sis 6



Bro kalo makan open house amik cukup makan aje lah bro, jangan lebih-lebih sampai membazir, hormat sket kat tuan rumah yg jemput makan, lu buang rezeki depan dia...


*Menghadiri rumah terbuka seorang jiran dikampung. Terlihat banyak pinggan dan cawan kertas bertaburan melimpahi tong sampah yang disediakan, beserta dengan banyak makanan yang tidak dihabiskan oleh tetamu. Terasa sedikit marah dengan sikap sebegini yang seolah tidak menghormati tuan rumah. Tidak semua makanan adalah dari 'catering', sesetengah tuan rumah memasak sendiri makanan yang dihidang jadi sila hormati usaha orang lain. Malahan jika 'catering' sekalipun, itukan dari wang tuan rumah. Apa-apa pun jangan membazir dan jaga adab.



Bro/Sis 5



Lu ade awek hot himpit sbelah tp lu gi layan psp, gile busuk lu bro...


*Dalam komuter ke Bangi, malam. Terlihat seorang awek cantik bersama balaknya, raut wajah sedang kebosanan kerana balak asyik bermain PSP. Dia cuba menarik perhatian namun tetap tidak diendahkan. Apa guna berpacaran jika tidak berinteraksi? PSP dirumah juga boleh, tapi awek harus diceriakan.


Rasa cemburu juga ada sebenarnya dalam hati ini...Mungkin doa saya belum diperkenankan.

Bro/Sis 4



Bro lu nak pakai jeans londeh jangan pasang baju sendat, lu punye sembahyang kelaut bro, bukak sana sini...

*Semasa berterawih terlihat ada makmum yang berpakaian jeans dan berbaju singkat, apabila rukuk atau sujud auratnya jadi terdedah. Saya mula ragu adakah sah sembahyang yang sebegitu? Saya rasa tidak. Kelakuan ini juga sering dilihat dimasjid sewaktu solat Jumaat, maklumlah hari Jumaat adalah hari kasual dikebanyakan pejabat di KL.


Saranan saya, carilah baju yang labuh, ataupun ikatlah dengan kemas bahagian pinggang kamu. Elakkanlah sembahyang kamu dicampak balik kemuka umpama kain buruk.

Bro/Sis 3



Bro, lagi 5 minit nak berbuka ni lu gesel-gesel dengan awek tu nape bro? Tengah kikis pahala ke?

*Terlihat situasi ini sewaktu beratur di KFC Pavi. Sayanglah pahala puasa kalau hakikat kamu masih tidak berusaha untuk berubah.

Bro/Sis 2



Kak, bulan puasa bukan alasan untuk ko ikut balak pergi sahur kat kedai tengah-tengah malam konon balak teman, dengan ko pakai pakaian tido yang maha seksi kak

*Saya akan menggunakan tag Bro/Sis ini untuk sebarang entri bertemakan nasihat kasar. Kadangkala, yang kasar itu lebih jelas menampakkan hasilnya.

Bro/Sis 1



Bro, bulan puasa bukan alasan untuk lu usung awek lu lepak kat kedai tengah-tengah malam konon ajak sahur sama-sama bro...


*Sepanjang Ramadhan tempoh hari, pelbagai gelagat manusia menjadi perhatian saya. Dan seharusnya sesetengah perkara itu agak jelek dimata saya. Mungkin saya tidak urban, mungkin saya tidak moden. Mungkin apa yang aneh bagi saya, adalah norma dizaman ini. Petanda umur semakin tua.


Sempat saya merakamkan grotes terhadap kelakuan-kelakuan ini. Sengaja saya menggunakan bahasa pasar, barulah nampak ganas seumpama watak Malik dalam KL Gangster, maklumlah Aaron Aziz menjadi kegilaan ramai anak gadis sekarang kerana keganasan watak inilah, bukan kerana dia hensem. Ha ha ha...!!!


Salam Lebaran 2011




Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua.

Jumpa lagi...

Angin...

Pabila rasa itu hadir...
Bagai angin berdesir...
Maka lepaskanlah ia seluruhnya...
Dan tutuplah hidung...

*Hari ini perut kurang enak, mungkin kerana makan kuah kacang. Kekacang memang menambah angin dalam perut, jadi sering kentut.


Peribahasa Melayu Baru 1

Baju sama putih,
Warna dalam lain-lain.

*Selepas berbuka puasa di Pavi, mencari ATM untuk mengambil sedikit wang. Kelihatan beberapa gadis Melayu berpakaian T-Shirt ringkas yang agak nipis. Runtuh pahala aku...

Seloka Ramadhan 4

Berat mata memandang,
Berat lagi plastik makanan yang penuh disepuluh jari...

*Berkisar gelagat pengunjung bazar. Sengaja ditokok tambah agar bertambah seloka.

Patah hati...



Usah usaha jika hakikat dunia berbeda, 
Lebih baik putus asa dari buang masa.


*Keluhan penulis yang sedang patah hati memikirkan jurang beda kehidupan penulis dengan gadis-gadis yang pernah berkesan dihati. Mungkin perlu mula berusaha kepada yang lain, doa kepada yang Satu. Sesungguhnya, sekufu itu adalah satu ciri yang penting untuk keserasian hidup.

Seloka Ramadhan 3

Sekeping not biru bertukar menjadi sebekas taufufa, 
Tersenyum anak kecil, 
Upah jaya puasa hari ini.

*Terlihat anak-anak kecil dibazar ceria mencari habuan buka puasa.
Terfikir jika penulis mempunyai seorang anak kecil yang baru mula berpuasa, pasti akan dihadiahkan sebekas taufufa (salah satu makanan kegemaran penulis) sebagai motivasi kejayaan melengkapkan sehari puasa.
Pasti dia tersenyum riang seperti mereka ini.

Seloka Ramadhan 2



Bulan Ramadhan ni murah rezekinya tau,
kalo kau korek hidung pun boleh dapat berganda ketulnya.
Maklumlah, sedut banyak asap ayam-ayam golek dibazar.


*Idea kelakar tiba-tiba melintas diminda. Tertawa sendiri selepas baca balik.

Seloka Ramadhan 1



Yang ayam datang terpercik...
Yang kambing datang tergolek...


*Melihat gelagat pengunjung bazar Ramadhan. Ramai mengutamakan nafsu berbanding kesederhanaan. Saya suka masakan lauk kambing. Walau apa pun resepinya, asalkan kambing, pasti sedap untuk saya.

Kias



Kata nista kias berbunga
Adalah lebih elok dari terpacul carut


*Saya sukar bertoleransi dengan manusia yang menggunakan caci maki atau carut untuk mengekspresi diri. Sesungguhnya kosa kata bahasa masih kaya dengan pelbagai ucapan yang lebih tepat. Saya tidak pandai bermaki, tidak juga saya suka mendengar makian. Jika ada perasaan hodoh yang mahu dizahirkan, adalah elok dengan bahasa yang berlapik.

Penat...



Penat mengerah keringat,
Adalah nikmat dalam tersirat.


*Apabila sesuatu pekerjaan yang sukar dan memakan tenaga yang banyak, apabila dapat disudahkan, pasti muncul rasa kegembiraan dan kepuasan. 
Sekaligus menjadi motivasi untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar.

Cinta...

matanya melirik tatkala disapa
dijalin sekuntum senyuman mesra
lesung pipit menjadi pengapit
bagai bidadari dari langit


gagahkan kaki untuk menghampiri
meskipun hati gusar sekali
apakah makna perasaan ini?
cinta pandang pertama barangkali


hai, boleh tumpang tanya?
iya encik, apa mahumu?
hati kamu sudah ada empunya?
belum encik, menunggu tamu


*andai keberanian sebegini wujud dalam diri penulis, pasti dunia penulis sudah lebih berbunga kini...

Cik, tumpang tanya...

Cik,
Tumpang tanya
Jalan ini kemana?


Oh,
Jalan ini kesyurga
Jika kamu kekal lurus
Andai kamu menyimpang
Itu keneraka


Oh,
Jalan ini sehala
Jadi waspada membaca petanda
Perlahan2 saja
Jangan terleka


Terima kasih cik,
Saya bermohon pergi,
Moga dihujung kita ketemu lagi,


Kasih kembali

Untung berlipat...



Melihatan manusia-manusia patung gemerlap di hadapan Maybank simpang Bukit Bintang dihulur RM2 untuk difoto bersama gadis-gadis berkain senteng.
Untung dua kali lipat.

*Dihadapan Maybank Bukit Bintang sering ada yang mencari rezeki dengan pelbagai cara yang unik. Salah satunya adalah dengan menjadi patung, berpakaian kot dan diselaputi cat yang bergemerlap. Setiap gambar bersama akan dikenakan bayaran RM2.

Sentap hati



Inai dijari adalah penyentap jantung paling dahsyat...


*Kepiluan pabila melihat inai dijari jururawat yang berkenan dihati. Belum sempat mencuba nasib, peluang sudah tertutup. Kesal. Ralat.

Cinta Suku Paun



Cinta suku paun adalah cinta yg abadi,
ia menyentuh hati,
mengisi kekosongan diri,
kekal bersemadi...


*Menikmati hidangan kegemaran, Quarter Pounder large set di McD.
Menyentuh hati dengan kesedapan, mengisi perut yang lapar, dan lemak yang kekal dalam badan.

Kamu marhaen



Anda tahu anda marhaen pabila tiada sehelai iklan pun diacukan kepada anda sepanjang menelusuri Bukit Bintang. Hatta oleh penjual belon sekalipun.


*Setiap hari berjalan pulang merentasi Bukit Bintang. Melihat gelagat penjaja & penjual tidak bertapak menjual pelbagai barangan, dan toko-toko mengedar iklan. Pasti pilihan utama adalah mereka yang berwang. Terutama pak-pak arab.

Itu kamu?



Dalam memori saya pernah kenal seperti kamu... Adakah itu kamu?


*Seorang gadis sepejabat. Rasa hati seperti pernah ketemu seseorang sepertinya. Gaya tutur kata, perawakan, seakan-akan sama. Tapi ingatan gagal memberi panduan. Sekadar satu perasaan. Ganjil.
Deja Vu.

Benci...



Terkadang dengan sekilas nama sahaja sudah terdaya buat aku merengus, begitu pantas kebencian meresapi hati...


*Saat terlihat nama seseorang yang pernah mencetak duka dalam hati ketika menelusuri laman Facebook, perasaan benci cepat hadir. Lantas tutup window Facebook.

Harapan...



Semoga dia nampak saya sebagaimana saya nampak dia...


*Doa penulis ketika tersua dengan si gadis cantik manis sepejabat.

Guruh dan genak...



Guruh dilangit sudah berbunyi,
Eloklah...
Tempayan sudah lama kering...




*Kegembiraan penulis dengan perkhabaran bonus tahunan dari syarikat. Sedikit sebanyak menampung kewangan penulis yang semakin terhakis.

Canggung...



Lepas solat di pejabat sebelum pulang...
Mengerling gadis-gadis terdedah di Pavilion semasa pulang...
Ke monorel Bukit Bintang...
Canggung perjalananku...




*Perasaan janggal penulis sewaktu memikirkan kontradiksi kelakuan sendiri sewaktu pulang dari pejabat. Sesungguhnya iman itu pantas bertambah dan berkurang.

Manusia keji...



adalah mereka yang berlari-lari untuk mengejar tren yang sedang menunggu, 
hanya untuk berhenti atau berjalan lenggang sejurus sebelum masuk, 
dan menghalang insan dibelakang yang juga sedang berkejaran.


Dan pintu tren tertutup diantara kedua-dua mereka...




*Luahan kebencian penulis terhadap sikap sesetengah komuter yang kurang mengingati insan dibelakang. Hanya berfikir melepaskan diri sahaja.

Pulang petang...



Sekarang saya sudah seringkali penat apabila berjalan kepejabat.
Mungkin disebabkan jalan yang lebih berliku dari stesen monorel merentasi pelbagai penambahbaikan ditepi-tepi jalan.
Samada itu penambahbaikan atau penjahanaman, saya pun tak pasti.
Yang pasti, ia mengganggu perjalanan saya.
Tapak kasut semakin menghaus.


Cuma yang mungkin mampu mengurangkan lelah saya, adalah apabila membontoti amoi2 berskirt pendek yang turun dari monorel.
Sememangnya dibahagian ibukota sebelah sini, pemakaian kepejabat adalah lebih eksekutif moden.
Kurang unsur ketimuran.


Mungkin kerana tak ramai Melayu bekerja disekitar sini maka jarang2 sekali kelihatan baju kurung.
Jumaat juga tidak banyak beda.
Pendedahan tetap seperti biasa.
Terlalu panas mungkin Malaysia.


Malah mungkin lebih2 dedah lagi kerana Jumaat hari kasual untuk sesetengah pejabat.
Malam Sabtu tak perlu balik rumah.
Joli katak sampai pagi.
Itulah kotaraya KL.


*Bicara sendiri semasa merentasi Pavilion menuju ke monorel Bukit Bintang suatu petang Jumaat.