Penat...



Penat mengerah keringat,
Adalah nikmat dalam tersirat.


*Apabila sesuatu pekerjaan yang sukar dan memakan tenaga yang banyak, apabila dapat disudahkan, pasti muncul rasa kegembiraan dan kepuasan. 
Sekaligus menjadi motivasi untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar.

Cinta...

matanya melirik tatkala disapa
dijalin sekuntum senyuman mesra
lesung pipit menjadi pengapit
bagai bidadari dari langit


gagahkan kaki untuk menghampiri
meskipun hati gusar sekali
apakah makna perasaan ini?
cinta pandang pertama barangkali


hai, boleh tumpang tanya?
iya encik, apa mahumu?
hati kamu sudah ada empunya?
belum encik, menunggu tamu


*andai keberanian sebegini wujud dalam diri penulis, pasti dunia penulis sudah lebih berbunga kini...

Cik, tumpang tanya...

Cik,
Tumpang tanya
Jalan ini kemana?


Oh,
Jalan ini kesyurga
Jika kamu kekal lurus
Andai kamu menyimpang
Itu keneraka


Oh,
Jalan ini sehala
Jadi waspada membaca petanda
Perlahan2 saja
Jangan terleka


Terima kasih cik,
Saya bermohon pergi,
Moga dihujung kita ketemu lagi,


Kasih kembali

Untung berlipat...



Melihatan manusia-manusia patung gemerlap di hadapan Maybank simpang Bukit Bintang dihulur RM2 untuk difoto bersama gadis-gadis berkain senteng.
Untung dua kali lipat.

*Dihadapan Maybank Bukit Bintang sering ada yang mencari rezeki dengan pelbagai cara yang unik. Salah satunya adalah dengan menjadi patung, berpakaian kot dan diselaputi cat yang bergemerlap. Setiap gambar bersama akan dikenakan bayaran RM2.

Sentap hati



Inai dijari adalah penyentap jantung paling dahsyat...


*Kepiluan pabila melihat inai dijari jururawat yang berkenan dihati. Belum sempat mencuba nasib, peluang sudah tertutup. Kesal. Ralat.

Cinta Suku Paun



Cinta suku paun adalah cinta yg abadi,
ia menyentuh hati,
mengisi kekosongan diri,
kekal bersemadi...


*Menikmati hidangan kegemaran, Quarter Pounder large set di McD.
Menyentuh hati dengan kesedapan, mengisi perut yang lapar, dan lemak yang kekal dalam badan.

Kamu marhaen



Anda tahu anda marhaen pabila tiada sehelai iklan pun diacukan kepada anda sepanjang menelusuri Bukit Bintang. Hatta oleh penjual belon sekalipun.


*Setiap hari berjalan pulang merentasi Bukit Bintang. Melihat gelagat penjaja & penjual tidak bertapak menjual pelbagai barangan, dan toko-toko mengedar iklan. Pasti pilihan utama adalah mereka yang berwang. Terutama pak-pak arab.