Sadness

It is painful to watch a mother's smile while knowing her heart is crying...

*Maaf tulisan dalam bahasa penjajah, belum sedia menterjemah... Keluhan dalam diri terhadap diri sendiri yang masih gagal membikin gembira pada bondanya. Sesungguhnya amat pedih. Maafkan saya.

Selamat Hari Lahirku


Malam ini malam emosi...
Emosi kerana sekali lagi aku menjadi seorang yang mengecewakan...
Mengecewakan kepada kedua ibu bapa


Hanya satu harapan mereka sebelum menutup mata...
Dan aku masih gagal melaksanakannya.


Maaf bu, bukan aku sengaja...
Bukan juga aku tidak usaha...
Tapi seringkali diduga dengan kepahitan...
Bikin aku hilang keujaan
Hilang keyakinan
Hilang kepercayaan


Mungkin aku sebenarnya yg bodoh,
Tak punya pemikat
Kampungan
Mungkin itu sebenarnya yg aku cari...
Kesederhanaan...


Itu sukar disini bu, dikota ini...
Semuanya bertopeng bu...
Kalau aku terlantar nazak...
Mungkin aku nazak sendirian nanti bu


Aku bukan tidak bisa sendirian...
Dari kecil lagi aku sudah sendirian...
Aku cuma tidak pernah ditinggalkan...
Itu pasti pedih bu...
Dihiris


Aku sanggup berkorban bu
Demi kamu, siapa saja aku mampu
Aku janji aku kan gigih
Menjaganya sampai mati
Aku takkan merengus dengan keputusan itu bu
Kerna aku tahu
Berkat redha kamu pasti bawa kebahgiaan


Yang penting sayang sama tuhan
Sayang makhluk juga kerna tuhan
Siapa siapa juga sama saja, 
Yang penting sama sama sayang sama tuhan


Aku juga mahu kita semua
Mati masuk syurga...
InsyaAllah


Selamat hari lahirku
Terima kasih bu...
Dan ampunkanlah daku


*Rintihan seorang anak yang masih belum berkeluarga meskipun usia telah lanjut. Macam mana mahu mati kalau pahala hanya secubit. Harus kahwin cepat supaya dapat beribadat. Usia makin singkat, harap harap sempat. Jumpa dengan kamu...


puisi sempena hari lahir saya yang ke 29 pada 13 September.

Hati curiga



Gerak hati curiga harus disusuli risik, 
Usah biar gelora hati menggelojak

*Kalau ingin tahu, tanya. Tidak pada tuannya, mungkin pada rakan-rakannya. Yang penting informasi harus datang dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Peribahasa Melayu Baru 5



Sekilas anak ikan di air, 
Aku tahu siapa mak datinnya

*Sekadar suka-suka. Saya langsung tidak tahu cara untuk mengenalinya. Ha ha ha...!!!

Peribahasa Melayu Baru 4



Terlajak perahu boleh diundur, 
Terlajak tweet flood je lah timeline sampai hilang.

*Sekarang saya gila twitter. Platform ini lebih sesuai dengan impuls saya untuk mencatat sebarang ilham yang hadir diminda.


Kadangkala terlanjur kata semasa berbicara dengan rakan-rakan maya. Impuls membuatkan kita menulis lebih cepat daripada berfikir, sedangkan mungkin ada hati yang terluka dengan tutur kita. Saya harap rakan-rakan yang terasa dengan ungkapan twit saya sudi memaafkan keterlanjuran ini. Saya akan usaha untuk lebih berhati-hati.

Peribahasa Melayu Baru 3


Kecil-kecil menjadi kawan,
Besar-besar menjadi Mat Rempit

Peribahasa Melayu Baru 2

Berat mata memandang, lebih baik sambung tidur.


*Dalam bas perjalanan pulang kekota selepas raya, minda kreatif merayap sekejap. Terhasil peribahasa lucu yang sesuai dengan situasi saya ketika itu.

Bro/Sis 6



Bro kalo makan open house amik cukup makan aje lah bro, jangan lebih-lebih sampai membazir, hormat sket kat tuan rumah yg jemput makan, lu buang rezeki depan dia...


*Menghadiri rumah terbuka seorang jiran dikampung. Terlihat banyak pinggan dan cawan kertas bertaburan melimpahi tong sampah yang disediakan, beserta dengan banyak makanan yang tidak dihabiskan oleh tetamu. Terasa sedikit marah dengan sikap sebegini yang seolah tidak menghormati tuan rumah. Tidak semua makanan adalah dari 'catering', sesetengah tuan rumah memasak sendiri makanan yang dihidang jadi sila hormati usaha orang lain. Malahan jika 'catering' sekalipun, itukan dari wang tuan rumah. Apa-apa pun jangan membazir dan jaga adab.



Bro/Sis 5



Lu ade awek hot himpit sbelah tp lu gi layan psp, gile busuk lu bro...


*Dalam komuter ke Bangi, malam. Terlihat seorang awek cantik bersama balaknya, raut wajah sedang kebosanan kerana balak asyik bermain PSP. Dia cuba menarik perhatian namun tetap tidak diendahkan. Apa guna berpacaran jika tidak berinteraksi? PSP dirumah juga boleh, tapi awek harus diceriakan.


Rasa cemburu juga ada sebenarnya dalam hati ini...Mungkin doa saya belum diperkenankan.

Bro/Sis 4



Bro lu nak pakai jeans londeh jangan pasang baju sendat, lu punye sembahyang kelaut bro, bukak sana sini...

*Semasa berterawih terlihat ada makmum yang berpakaian jeans dan berbaju singkat, apabila rukuk atau sujud auratnya jadi terdedah. Saya mula ragu adakah sah sembahyang yang sebegitu? Saya rasa tidak. Kelakuan ini juga sering dilihat dimasjid sewaktu solat Jumaat, maklumlah hari Jumaat adalah hari kasual dikebanyakan pejabat di KL.


Saranan saya, carilah baju yang labuh, ataupun ikatlah dengan kemas bahagian pinggang kamu. Elakkanlah sembahyang kamu dicampak balik kemuka umpama kain buruk.

Bro/Sis 3



Bro, lagi 5 minit nak berbuka ni lu gesel-gesel dengan awek tu nape bro? Tengah kikis pahala ke?

*Terlihat situasi ini sewaktu beratur di KFC Pavi. Sayanglah pahala puasa kalau hakikat kamu masih tidak berusaha untuk berubah.

Bro/Sis 2



Kak, bulan puasa bukan alasan untuk ko ikut balak pergi sahur kat kedai tengah-tengah malam konon balak teman, dengan ko pakai pakaian tido yang maha seksi kak

*Saya akan menggunakan tag Bro/Sis ini untuk sebarang entri bertemakan nasihat kasar. Kadangkala, yang kasar itu lebih jelas menampakkan hasilnya.

Bro/Sis 1



Bro, bulan puasa bukan alasan untuk lu usung awek lu lepak kat kedai tengah-tengah malam konon ajak sahur sama-sama bro...


*Sepanjang Ramadhan tempoh hari, pelbagai gelagat manusia menjadi perhatian saya. Dan seharusnya sesetengah perkara itu agak jelek dimata saya. Mungkin saya tidak urban, mungkin saya tidak moden. Mungkin apa yang aneh bagi saya, adalah norma dizaman ini. Petanda umur semakin tua.


Sempat saya merakamkan grotes terhadap kelakuan-kelakuan ini. Sengaja saya menggunakan bahasa pasar, barulah nampak ganas seumpama watak Malik dalam KL Gangster, maklumlah Aaron Aziz menjadi kegilaan ramai anak gadis sekarang kerana keganasan watak inilah, bukan kerana dia hensem. Ha ha ha...!!!