Cinta, aku datang...

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.
Doa saya telah dimakbulkan,
Jodoh saya telah ditemukan,
Fasa baru kehidupan saya kini bermula,

Dan semoga saya akan terus berkarya disini...

4 hari lagi...

4 hari lagi,
Saya tidak kan lagi hidup sendiri,
Akan punya suri hati,
Dan saya bergelar suami,

Gementar terkadang rasa,
Adakah ini muktamad saya,
Yang telah ditentukan olehNya,
Saya harap ya.

Perlu mandiri,
Perlu pekerti,
Perlu ilmu toleransi,
Perlu sediakan mentaliti,

Ya, saya yakin saya sedia,
Setelah lama hidup pancaroba,
Saya hargai tiap suka dan duka,
Pengalaman lalu demi masa depan bersama dia.

4 hari lagi...

Perihal kemelut Lahad Datu

Sejak beberapa hari lalu,
Negara digempar kisah lanun Sulu berkampung di Lahad Datu
Maka penuhlah media dgn berita palsu,
Tak kurang juga menuduh melulu,

Jijik, pabila rakyat berbalah sendiri,
Demi politik masih tidak mahu bersatu hati,
Negara dilanda musibah juga masih pentingkan diri,
Memomokkan perwira yang gugur dimedan bakti.

Kalau mendoakan kehancuran kerajaan,
Pantas solat hajat penuh padang dianjurkan,
Namun bila perihal keselamatan,
Sekadar saran, tiada anjuran.

Jijiknya propaganda

Berapa ramai yang berdoa,
Dan berapa ramai yang propaganda.

Jijik.

*negara hari ini digegarkan dengan kisah tragis beberapa komando gugur di Lahat Datu demi menghalau orang asing yang cuba menuntut Sabah kembali kepada Sulu. Jijik melihat ramai yang masih mampu jenaka dengan kisah ini. Malah tak lupa ada yang mengambil kesempatan mengapikan propaganda politiknya. Majoritinya dari pihak pembangkang. Jijik bila ketaksuban politik lebih dari keimanan yang dimiliki dalam hati. Mulut dan hati umpama najis.

30 hari lagi...



Karya bersempena 30 hari menjelang tarikh istimewa.
Saya semakin debar.

*28 haribulan Mac adalah tarikhnya, pada hari ini ia telah menjadi menjelang 29 hari lagi. Karya semalam tertidur sebelum muatnaik.

Terbisa lagi

Hubungan ini masih diganggu
Insan itu masih mengharap sesuatu
Malah ada pula pihak yang bersetuju
Mengapikan tingkahlaku sebegitu

Saya doakan sigadis mampu
Menangkis dugaan sebegini padu
Semoga dua hati ini jadi satu
Semoga tiap masa rindu merindu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Subhanallah,
Semoga anak kecil ini sentiasa berada dalam keselamatan dan kesejahteraan,
Juga semoga berada dalam kegembiraan.
Hindarkanlah dia dari kejahatan, dan dipengaruhi kejahatan.
Jauhilah dia dari sebarang kepahitan.
Tabahkanlah dia dalam mengharungi dugaan.
Jangan kau terbitkan dalam hatinya putus asa.
Kemaskan sabar dalam hatinya.
Tingkatkan kecekalan dalam dirinya.
Ya Allah, moga kami dapat dipertemukan kembali,
Dan dengan dia masih dipenuhi senyuman.
Sesungguhnya aku tidak mampu mengubah takdirMu ya Allah.
Aku cuma mampu sangat mengharapkan sifat PenyayangMu...

Amin, ya Rabbal Alamin...



Terbisa

Hati ini tuhan yg gerakkan,
Bukan siapa-siapa memaksakan.
Nak bercakap sila tambat dgn iman,
Bukan mengulang bisik syaitan.

*Tersentap seketika dgn perkhabaran situasi kurang enak yg berlaku sekitar sigadis sdg menumpang dirumah majikannya tempoh hari. Kurang selesa bila mengetahui. Sgt berhrp agar kisah ini berlalu tanpa episod. Sy yakin dgn kematangan dia, namun saya juga harus giatkan lagi komitmen saya.
Saya tidak mahu kehilangan dia. Dia segalanya bagi saya.

Cuci raut wajah kasi tampan

Kena guna produk yang bermodelkan Aaron Aziz barulah sama tampan macam Aaron Aziz.

Hahaha...

Tintaku...

Memperkenalkan pena yang seringkali digandingkan dengan iPadku mutakhir kini. Sangat sesuai menari seiring dengan aplikasi Paper oleh 53.

Dibeli sudah lama, namun jarang diguna kerna ada pena lain dari Adonit. Tetapi kembali menjadi pilihan atas keselesaan mencanting lukisan dan menulis ilham.

Ukur baju dibadan sendiri...

Lokasi: Plaza One City
(Sebelah Semua House)

Ipad hilang...

Semalam lepas lunch percuma di Lemon Garden Shang-ri La, terperasan ipad saya tiada ditempat.
Menggelabah seketika, namun akhirnya diketahui bahawa itu pakatan sulit rakan-rakan sepejabat menyembunyikan ipad saya.
Sangat kaget, cuak, risau, nak nangis, geram, secukup rasa.
Kelakar juga ada.

Saya akan balas dendam.

Selamat datang 2013...

Azam tahun baru saya adalah untuk lebih kerap lagi berkarya. Namun, konsep asal blog ini iaitu penulisan kreatif sahaja berkemungkinan akan dikembangkan lagi dengan karya-karya grafik digital. Ini kerana saya sering menggunakan medium ekspresi ini dengan ipad saya.

Mahu lebih karya penulisan, sila tunggu handphone baru. (Alasan handphone lama lambat loading notes. Ilham telah terbang baru dapat mula tekan, hahaha...)