Hari terakhir 2012. Pejabat lengang. Apa beberapa kerat yang hadir jasadnya, namun pelbagai aktiviti diminda.
Termasuklah saya.
Esok tahun baru 2013.
Azam saya mahu meriahkan lagi entri blog ini.
Ilham saya semakin mekar dengan adanya kamu...
iPhone 3gs yang dimiliki ini sudah mula menunjukkan kegagalan untuk seiring dengan teknologi kini. Kuasa kameranya gagal membantu merakam ilham-ilham saya yang muncul cuma sekilas. Apatah lagi dengan aliran apps-apps baru yang memerlukan lebih daya.
Memang sudah lama menanti iPhone 5. Niat wujud sejak membeli 3gs lagi. Kini tiba masa dinantikan. Cukupkah kewangan tatkala punya urusan lain juga yang meruntunkan perbelanjaan?
Insyaallah cukup.
Saya nantikan kehadirannya minggu hadapan.
Saya terfikir suatu ilham untuk mengumpulkan segala karya grafik saya terhadapnya menjadi sebuah buku. Pasti cantik dan bermakna. Intuisi yang dicetus Tuhan kepada minda saya ini amat mahal harganya bagi saya.
Saya akan kumpul satu persatu.
Hati ini semakin sering meronta...
Rasa makin sepi bila si pengisi tiada disisi...
Tidak kusangka sepantas ini perasaan hadir...
Namun hakikatnya aku sangat gembira...
Perasaan yang diri ini akan lengkap...
Dan saling melengkapi...
Syukur Alhamdulillah...
Segala syukurku padaNya yang telah memakbulkan permintaan pacal ini...
Tamat sudah kisah pencarian, kini mulakan kisah percintaan.
Setiap hari juga kisah cinta.
Sepenuh hati untuk kamu,
duhai Fatin Mahirah.
Setiap hari mencipta cinta
Kini baru saya tahu apa rasanya
Saling menyingkap hati
Saling mencari serasi
Saling melakar impi
Janji sehidup semati
Semakin hari semakin dekat
Dua hati asing kini saling terikat
Bibit cinta mula mekar
Resap rasa rindu mula menjalar
Tiada apa lg yg diharapkan
Yg terbaik sudah ada dihadapan
Setiap hari juga takkan jemu
Memikat kamu
Merindu kamu
Kalau saya mengupah orang membaiki lampu dirumah, adakah boleh saya berkata saya yang membayar gaji dia maka saya adalah tuannya?
Atau adakah saya sebenarnya membalas budi dia yang sudi membaiki lampu dirumah saya dengan cara memberi upah?
Setiap perkara akan diperhati dari pelbagai persepsi.
*Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang sering memandang sesuatu isu dari sudut politik sebelah pihak sahaja. Cuba bukakan minda, sentiasa tanamkan rasa sangka baik. Pasti kita akan dapat memandang sesuatu itu dari pandangan lebih rasional. Yang penting, jangan hanya menyerang pihak lawan tetapi salah sendiri cuba dihalalkan.
Assobiyah namanya tu, bak kata Ust Kazim.
Jadi katakan yang benar walaupun pahit.
Yang menjual,
Banyak membazir lepas berbuka,
Masih banyak yang belum terjual
Dibuang sahaja sebab margin untung harian sudah dapat.
Yang membeli,
Sering membazir sebab perut sudah slim,
Tapi nafsu masih nak sumbat
Meskipun sudah tak muat.....
Perut slim...??? kah kah kah...
*Konsep Bazaar Ramadhan diMalaysia dah bertukar menjadi Baziir Ramadhan. Sila periksa balik keberkatan puasa yang kita laksanakan jika inilah tingkahlaku kita tatkala berbuka.
Aku terbau ikan salmon, tetapi sedang dalam monorel.
Samada ada orang nak berbuka sushi atau semua orang berbau ikan petang ini...
*Sepanjang Ramadhan setakat ini saya belum lagi bersinggah ke Bazaar Ramadhan mahupun berbuka diluar. Pantas pulang kerumah selepas kerja. Jadi tidak banyak kejelekan terlintas dimata untuk diselokakan.
Tiba tiba hati
Hari ini tersenyum sendiri
Apa sebenarnya sudah jadi?
Hati juga tertanya sangsi
Hakikatnya hati ini
Seperti baru bertemu regu
Seakalan sepemikiran
Sefahaman...
Tapi sebenarnya siapa dia?
Sekadar kenalan atau istimewa?
Hati belum bisa menduga
Hanya masa menentu segalanya
Hanya doa moga makin mesra
Harapan agar Tuhan memakbulkan
Hajat yang sekian lama tertahan
Yang terancang namun pincang
Semoga apa yg dirasai ini
Mekar abadi
*Mungkin ini permulaan sebuah lagi episod cinta?
Dari suara dapat rasa apa kata dalam dada.
*Terpilu apabila mendengar suara sebak bonda melalui telefon. Selalunya saya akan mengambil suatu tindakan yang drastik jika ini terjadi. Tidak kira apa harganya, tidak kira apa risikonya. Asalkan kesedihan itu akan terkatup.
Sememangnya saya sudah berputus harap. Diam saya ini hanya demi meredakan sebak bonda. Harapan yang saya cuba wujudkan ini adalah demi bonda.
Ada sesuatu,
Yang kita tak tahu,
Cuma percaya,
Ianya ada,
Dapat dirasa.
*Sedang saban hari berdoa, suatu perasaan aneh mula meresap. Muncul rasa keyakinan terhadap apa yg diujarkan. Perasaan akan adanya suatu zat yang tidak mampu digambarkan, tak mampu diungkapkan, yang bergerak, yang bekerja untuk menurut apa yang dihajati.
Tamat sudah kisah cinta yang hadir cuma seketika,
Tamat juga sebuah episod, bermula bunga akhirnya luka,
*Entri ini adalah penutup sebuah koleksi karya saya (Setiap Hari Mencipta Cinta) yang setulusnya terbit dari hati dan menceritakan perasaan sebenar saya tika ini. Permulaan yang manis namun pengakhiran yang pedih.
Apa pun hidup harus terus. Tabahlah.
Saya cuba mempunyai segala kualiti yang diimpikan setiap perempuan,
Sedangkan mereka sendiri juga tidak benar memahami apa yang mereka ujarkan,
Mereka mahukan yang mencintai sepenuh hati,
Mereka mahu yang memahami,
Pendengar setia,
Pembikin lawak jenaka,
Namun hakikatnya yang lebih dinilai adalah rupawan dan jutawan,
Yang mana saya tiada punya,
Sekadar kebanyakan.
Saya tidak punya rupa kerna Tuhan tidak kurnia,
Saya tiada harta kerna Tuhan yang mengarang ceritanya,
Segalanya diluar kekuasaan saya.
Namun saya akan tetap melaksanakan watak saya,
Sebagaimana Tuhan mahukan...
Hidup mesti terus meski bukan sama kamu.
Hari ini sepi lagi,
Entah apa khabarnya,
Di maya ada namun tiada sapa,
Beribu alasan dipikiran membujuk hati,
Yang kegundahan,
Namun terselit juga secebis prasangka,
Yang saya mungkin bukan yang terbaik untuknya,
Pedih pabila dirasakan terhiris,
Semoga dia juga menghargai masa,
Sebagaimana saya setiap tika...ingat dia...
Ada satu perasaan,
sukar diungkap dgn perkataan...
Berdebar bila difikirkan,
berpeluh bila dilafazkan...
Saya rasa sesuatu,
Harap awak pun begitu...
Saya malu nak beritahu,
Awak pun malu nak mengaku...
Hati bunga bunga,
Bila mata jumpa mata...
Senyum sampai telinga,
Gembira tak terkata...
Malam malam peluk bantal,
Sambil senyum sorang sorang...
Teringat siang berbual bual,
Kisah masa depan bermula dari sekarang
Lambatnya malam menjadi pagi,
Tak terpejam menanti siang...
Bilakan dapat jumpa lagi,
Rindu rinduan sayang disayang...
Dua hati makin terikat,
Terpisah jangan bertongkah tidak...
Ikhlaskan hati betulkan niat,
Moga lancar tanpa bergolak...
*Sebuah rangkaian gurindam yang spontan terpacul dari minda sewaktu sedang guling-guling ditilam empuk. Entri lama namun baru diupload. Terbenam dalam status-status twitter.
Menceritakan perasaan yang baru membibit dari seseorang kepada pasangannya dan harapannya terhadap masa depan hubungan itu.