Kerja terakhir 2012

Hari terakhir 2012. Pejabat lengang. Apa beberapa kerat yang hadir jasadnya, namun pelbagai aktiviti diminda.

Termasuklah saya.

Esok tahun baru 2013.

Azam saya mahu meriahkan lagi entri blog ini.

Ilham saya semakin mekar dengan adanya kamu...

2 hari berburu bersama...

Operasi cari barang hantaran.
Banyak cabaran dan kebetulan.
Semuanya manis dan romantis.
Tiap saat juga sangat saya hargai.

Kursus Pra-Perkahwinan

14-15 Disember 2012.
Sama-sama menghayati pengisian.
Sama-sama bersedia dengan tanggungjawab yang bakal dipikul.

Perubahan teknologi...

iPhone 3gs yang dimiliki ini sudah mula menunjukkan kegagalan untuk seiring dengan teknologi kini. Kuasa kameranya gagal membantu merakam ilham-ilham saya yang muncul cuma sekilas. Apatah lagi dengan aliran apps-apps baru yang memerlukan lebih daya.

Memang sudah lama menanti iPhone 5. Niat wujud sejak membeli 3gs lagi. Kini tiba masa dinantikan. Cukupkah kewangan tatkala punya urusan lain juga yang meruntunkan perbelanjaan?

Insyaallah cukup.

Saya nantikan kehadirannya minggu hadapan.

Si dia lagi

Tak pernah jemu menatap wajahnya...
Tak pernah jemu mencipta cinta dengannya...

Album ekspresi...

Saya terfikir suatu ilham untuk mengumpulkan segala karya grafik saya terhadapnya menjadi sebuah buku. Pasti cantik dan bermakna. Intuisi yang dicetus Tuhan kepada minda saya ini amat mahal harganya bagi saya.

Saya akan kumpul satu persatu.

Rutin baru aku...

Seperti hari-hari yang lain saya takkan mampu melupakan kekasih saya dari ingatan. Sepanjang hari juga akan resah tika memikirkan khabarnya disana.

Kasmaran banget.

Kini seringkali berekspresi dengan foto dan rekabentuk kerana sudah ada subjek fokus yang mengujakan.

Photobook...

Photobook majlis pertunangan sudah diterima. Cantik. Tidak sia-sia RM50 saya. Rasanya nak dijadikan hadiah. Tapi sayang juga. Tapi saya sayang lagi tunang saya...

Apa tanda kasmaran?



Rindu kamu lagi...

Hati ini semakin sering meronta...
Rasa makin sepi bila si pengisi tiada disisi...
Tidak kusangka sepantas ini perasaan hadir...
Namun hakikatnya aku sangat gembira...
Perasaan yang diri ini akan lengkap...
Dan saling melengkapi...
Syukur Alhamdulillah...
Segala syukurku padaNya yang telah memakbulkan permintaan pacal ini...