Salam Lebaran 2011




Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua.

Jumpa lagi...

Angin...

Pabila rasa itu hadir...
Bagai angin berdesir...
Maka lepaskanlah ia seluruhnya...
Dan tutuplah hidung...

*Hari ini perut kurang enak, mungkin kerana makan kuah kacang. Kekacang memang menambah angin dalam perut, jadi sering kentut.


Peribahasa Melayu Baru 1

Baju sama putih,
Warna dalam lain-lain.

*Selepas berbuka puasa di Pavi, mencari ATM untuk mengambil sedikit wang. Kelihatan beberapa gadis Melayu berpakaian T-Shirt ringkas yang agak nipis. Runtuh pahala aku...

Seloka Ramadhan 4

Berat mata memandang,
Berat lagi plastik makanan yang penuh disepuluh jari...

*Berkisar gelagat pengunjung bazar. Sengaja ditokok tambah agar bertambah seloka.

Patah hati...



Usah usaha jika hakikat dunia berbeda, 
Lebih baik putus asa dari buang masa.


*Keluhan penulis yang sedang patah hati memikirkan jurang beda kehidupan penulis dengan gadis-gadis yang pernah berkesan dihati. Mungkin perlu mula berusaha kepada yang lain, doa kepada yang Satu. Sesungguhnya, sekufu itu adalah satu ciri yang penting untuk keserasian hidup.

Seloka Ramadhan 3

Sekeping not biru bertukar menjadi sebekas taufufa, 
Tersenyum anak kecil, 
Upah jaya puasa hari ini.

*Terlihat anak-anak kecil dibazar ceria mencari habuan buka puasa.
Terfikir jika penulis mempunyai seorang anak kecil yang baru mula berpuasa, pasti akan dihadiahkan sebekas taufufa (salah satu makanan kegemaran penulis) sebagai motivasi kejayaan melengkapkan sehari puasa.
Pasti dia tersenyum riang seperti mereka ini.

Seloka Ramadhan 2



Bulan Ramadhan ni murah rezekinya tau,
kalo kau korek hidung pun boleh dapat berganda ketulnya.
Maklumlah, sedut banyak asap ayam-ayam golek dibazar.


*Idea kelakar tiba-tiba melintas diminda. Tertawa sendiri selepas baca balik.

Seloka Ramadhan 1



Yang ayam datang terpercik...
Yang kambing datang tergolek...


*Melihat gelagat pengunjung bazar Ramadhan. Ramai mengutamakan nafsu berbanding kesederhanaan. Saya suka masakan lauk kambing. Walau apa pun resepinya, asalkan kambing, pasti sedap untuk saya.

Kias



Kata nista kias berbunga
Adalah lebih elok dari terpacul carut


*Saya sukar bertoleransi dengan manusia yang menggunakan caci maki atau carut untuk mengekspresi diri. Sesungguhnya kosa kata bahasa masih kaya dengan pelbagai ucapan yang lebih tepat. Saya tidak pandai bermaki, tidak juga saya suka mendengar makian. Jika ada perasaan hodoh yang mahu dizahirkan, adalah elok dengan bahasa yang berlapik.