Dalam memori saya pernah kenal seperti kamu... Adakah itu kamu?
*Seorang gadis sepejabat. Rasa hati seperti pernah ketemu seseorang sepertinya. Gaya tutur kata, perawakan, seakan-akan sama. Tapi ingatan gagal memberi panduan. Sekadar satu perasaan. Ganjil.
Deja Vu.
Semoga dia nampak saya sebagaimana saya nampak dia...
*Doa penulis ketika tersua dengan si gadis cantik manis sepejabat.
Guruh dilangit sudah berbunyi,
Eloklah...
Tempayan sudah lama kering...
*Kegembiraan penulis dengan perkhabaran bonus tahunan dari syarikat. Sedikit sebanyak menampung kewangan penulis yang semakin terhakis.
Lepas solat di pejabat sebelum pulang...
Mengerling gadis-gadis terdedah di Pavilion semasa pulang...
Ke monorel Bukit Bintang...
Canggung perjalananku...
*Perasaan janggal penulis sewaktu memikirkan kontradiksi kelakuan sendiri sewaktu pulang dari pejabat. Sesungguhnya iman itu pantas bertambah dan berkurang.